Thursday, October 29, 2009


PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA

PENGUMUMAN TERBARU!!!!

KINI ANDA BOLEH MENGISI BORANG PENYERTAAN SECARA ONLINE.
SILA KLIK DI RUANGAN SEBELAH KANAN ANDA.LAKUKAN SEKARANG!!! JADILAH SALAH SEORANG DARIPADA 400 PESERTA KAMI.:) TERIMA KASIH

maklumat lanjut sila layari http://bromc09.blogspot.com/

Friday, October 2, 2009

Hati ku menangis lagi


Hati ku menangis lagi
Mengenang kekhilafan yang tak pernah berakhir
Mengenang kealpaan yang sentiasa menemani
Meratapi kesilapan yang tak termaafkan
Penyesalan tanpa penghujung

Aku menatap potret bisu
Mencari ketenangan yang hilang
Menanti jawapan yang tak terucap
Memuja semangat yang sirna
Memujuk hati yang sesal

aku ingin sekali mengatakan
aku mencintainya setulus hati
seluruh raga ku hanya untuk dia
rinduku menitis sebanyak titis gerimis.
tidak perlu kertas atau coretan garis.
genggamlah jantungku
hitung denyutannya.
sebanyak itulah aku merindukan dia

Monday, September 14, 2009

menjejaki lailatul qadar


MasyaAllah!! dah nak habis 10 malam terakhir la..sedihnya..rasa macam tak buat pa2 pun dalam bulan ramadhan ni..


Ya!!Ramadhan sudah berlalu 25 hari ...apakah yang telah kita habiskan selama ini??


* adakah iman kita semakin betambah?

* adakah al-quran kita tadarus dan tadabbur sepuas-puasnya?

* adakah kita menghiasi malam kita dengan qiamullail?

* adakah kita membuat perancangan bagi dakwah dan tarbiyah?

* adakah kita memperbanyakkan solat-solat sunat?


jika tidak, layakkah kita untuk menjadi tetamu Allah pada malam lailatul qadar?

sama-samalah kita beribadah dengan sebanyaknya untuk melayakkan diri menjadi tetamu Allah pada malam yang dinantikan..

doa saya untuk semua agar kamu menjadi hamba yang bertaqwa..mudah-mudahan..kerana apa??

kerana tidak semua orang menjadi hamba bertaqwa setelah berlalunya Ramadhan..moga kita sama-sama tergolong dalam kalangan manusia yang bertaqwa...ameen!!

Saturday, September 12, 2009

aku kan tetap melangkah



apapun bicara yang menyapa,
aku kan tetap melangkah
biar seribu ranjau yang menghalang
biar berjuta kicau yang mengganggu
aku takkan berpaling

apapun beban yang menghalang
aku kan tetap melangkah
walau tidak seindah perjuangan syuhada
walau tidak seharum wangian firdausi
aku tetap kuatkan azamku

apapun cubaan yang melanda
aku kan tetap melangkah
kerana langkahku semakin sumbang bila sendirian
kerana hidupku semakin tawar tanpa hadirnya dia
kerana gelapnya hati tanpa sinar kasihnya

apapun irama yang menggoda
aku kan tetap melangkah
menjadi raja dihati sang puteri
menjemput sang puteri bertakhta dihati
agar rindu terubat,kasih tersulam

maafkan daku lyric

Mengapa Kau Diam Saja
Bagai Membenci Diriku
Bilaku Tanya Sebabnya
Kau Enggan Untuk Berkata

Hatiku Merasa Hairan dan Risau
Melihat Sikapmu Yang Mula Berubah
Dulu Kau Selalu Mesra Denganku

Mengapa Sekarang Bersikap Lawan
Mungkinkah ku Pernah Menyinggung Hatimu
Membuat Kau Mula Menjauhkan Diri
Kiranya Diriku Telah Bersalah
Kuharap Kau Dapat Maafkan Daku

Wednesday, September 9, 2009

jiwang kembali

Sanggupkah kau bersabar sayang
Untuk bersama diriku
Dalam menempuh dugaan
Yang serba mencabar
Sanggupkah bersabar sayang
Susah senang bersamaku
Semoga kau tak menyesal
Bersama denganku

Sedarkah engkau
Hidup aku serba kekurangan
Oh cuma yang ada
Kasih yang ikhlas untuk dirimu
Usahlah kau memaksa
Apa yang aku tak mampu lakukan
Jikalau engkau benar menyayangiku
Hendaklah engkau bersabar
Kau harus memahami
Jiwaku dan hidupku
Barulah kau akan mengerti

Tiada gunanya kita bertengkar
Hanyalah merenggangkan hubungan kita
Kita hanya mampu merancang masa depan
Tetapi Tuhan yang menetukan segalanya
Kiranya kau sudah tak mampu bersabar
Apalah dayaku
Tak mampu diriku menahanmu

Sanggupkah bersabar sayang
Menunggu diriku ini
Berikanlah aku ruang
Berteduh dihatimu
Untuk selamanya

Saturday, September 5, 2009

Datuk Bandar London gesa bukan Muslim berpuasa - Apa Komen Anda???


BAGI meningkatkan pengetahuan terhadap penganut Islam, Datuk Bandar London, Boris Johnson menggalakkan orang ramai bukan beragama itu turut berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadan.

Menurut sebuah akhbar semalam, Johnson membuat kenyataan itu ketika melakukan lawatan ke sebuah masjid dan Pusat Islam London.

Dia berkata, penganut 'di ibu kota itu 'mencabar pandangan tradisional mereka' dengan cuba menjadi sebahagian daripada komuniti arus perdana.

"Itulah sebab kenapa saya menggesa orang ramai, terutamanya dalam Ramadan supaya mengenali lebih lanjut mengenai Islam, tingkatkan pemahaman anda dan pembelajaran (agama Islam), malah berpuasa satu hari dengan jiran Muslim anda serta berbuka puasa di masjid tempatan.

"Saya akan berasa amat terkejut jika anda tidak menemui bahawa anda (sebenarnya) berkongsi banyak persamaan," kata Johnson.

Friday, September 4, 2009

meh mulakan ngn tazkirah plak. asyik jiwang karat ja kan sblm ni.isk3...

Setiap manusia mempunyai 5 jari...Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.

Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlah
daripada rebungnya'

Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis.

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati,
dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya
dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah!!..begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam...

Wednesday, August 26, 2009

Ingatku dalam doamu

Ada sesuatu ingin kukatakan
Kuharap engkau dapat mengerti
Selama ini dirimu kusayang
Walaupun kau tidak percaya

Tak guna aku memaksa dirimu
Untuk percaya segala kataku
Kiranya engkau fahami hatiku
Tentunya kau akan menyedari

Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu
Kita bermesra... marah dan sayang
Rajuk dan rindu
Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan
Namun hatiku masih menyintaimu sayang

Alangkah indah kehidupan ini
Seandai engkau terus bersamaku
Kiranya aku menyinggung hatimu
Maafkan diriku... oh sayang

Andainya aku hilang di matamu
Ingatku dalam doamu

Tak Suka Tak Apa

Jikalau kau dah tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau kau dah tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri
Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka ada ada saja
Sukarnya nak ku temui cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangi ku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya

Tuesday, April 28, 2009

sesi taaruf bersama haikal.:)



ni plak abg kpd si amar kecik td.hehehe...
comel2 kn anak buah org.jgn jeles tau.;p
nak tau psl kami?? dgr la apa dia ckp nnt.hihihi
rindunya ngn dorg.huhuhu...

amar yg berani.:p



bdk kecik ni nama dia amar.xpandai bjln lg,tp tgk la tu.
brani btl dia pegang kereta abg dia.hahahaha...
comel kn.mcm pkcik dia.:)

Monday, April 27, 2009

siapa anda?


Jika dirimu bakal seorang isteri… Terimalah bahawa anda bukanlah isteri yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal suamimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana isteri yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari suamimu… Bantulah suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!

Saturday, April 25, 2009

Insan bernama kekasih


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman

Adakah mungkin kau kumiliki
Ingin aku jadikan
Insan bernama kekasih

Keayuan yg tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai puith salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Kusampaikan slm ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Utkku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredaan
Nur kasih yg kudamba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yg kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yg murni bahagia selamanya
Dgn lafaz pernikahan yg mulia

Dtglah kasihmu dlm diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dgn
Sujud penuh kesyukuran

Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yg terbina
Kerana cinta kpdNya

Kauku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih

kau mawarku...



Wahai Muslimah,
Kau bagaikan mawar,
Menarik perhatian,
Memikat hati,
Harum.

Hati-hati,
Kau takkan sunyi daripada makhluk-makhluk perosak,
Seringkali datang menjengah,
Cuba untuk memetik,
Menghidu,
Merobek.

Tapi ingatlah hai mawar,
Allah Maha Mengetahui,
Maha Adil,
Kau dikurniakan dengan duri-duri,
Untuk kau pertahankan diri,
Sentiasa tertegak megah,
Tak goyah dek angin,
hujan,
panas.

~Semoga kau tetap tabah menghadapi fitnah-fitnah dunia, wahai mawar~

Tuesday, April 21, 2009

kpd si dia


Kaulah mawar idaman,
Mekarmu dipagari & dibajai,
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu,
Diciptakan sbg seorg wanita mewarisi kelembutan wanita muslimah

Kembangmu tetap indah,
Walau cuma ditaman larangan
Menyiratkan Nur keimanan,
Nan mekar dihiasi mahmudah,
Berkat asuhan ayahandaBonda,
Kaulah srikandi ummah,
Akhlakmu permata diri,
Peliharalah maruah & budi,
Nescaya kaulah yang bernama wanita
Sejati kebanggaan ayahandaBonda

Jadilah pendamba cinta Ilahi,
Perindu syahid abadi,
Salam mujahadah dr ku.

Friday, April 17, 2009

bersediakah aku??


Gelisah di kamar sepi
Bertemankan malam yang dingin
Terlintas diminda detik kematian
Yang entah bila kan menjelma

Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih

Wahai Tuhanku apakah nasibku
Dikubur gelap sesempit itu
Bisakah aku, memberi jawapan
Pada soalan malaikat-Mu

Dilapisan mana di nerakamu
Kau campak aku kesakitan
Betapa banyaknya dosa-dosaku
Tak bisa ku meraih syurgaMu

Hanya amal kebajikan di dunia
Yang dapat menyelamatkanku
Oh Tuhanku...

aku hanya bertemankan sepi


Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa

xda smngt langsung!!!!!!!!!


Semangatku…
ke mana hilangmu?
lemah,
letih,
layu,
dungu,
belenggu,
mengantuk…
aku tanpamu.

Semangatku,
dengarlah panggilanku,
datanglah,
dakaplah,
belailah,
sayanglah,
kuatlah,
hiduplah,
bersamaku.

Aku tanpamu lemah layu,semoga Allah memberi kekuatan
untukku meneruskan penghidupan baru ini.
Aku ingin belajar dlm wujud walaupun dalam tiada…
aku ingin merasai kenyataan walau dalam mimpi …
aku dengan duniaku sendiri…

“Ya ALLAH, sesungguhnya hamba-Mu ini sering lalai dan leka.
Engkau ingatkanlah daku dengan peringatan-peringatan yang baik,
agar hamba-Mu ini dapat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan demi menjadi seorang insan bergelar mu’min yang sejati….”

satu harapan


Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani

Gurau dan senda pun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan

smoga kekal selamanya.....

Wednesday, April 15, 2009

lemahnya aku


“kadangkala diri ini tidak kuat untuk menahan bisikan syaitan, diri ini tidak kuat menahan gelodak hati, yg kadang kala merasakan diri ini tidak diperlukan, yang kadangkala merasakan ada suatu jurang yang panjang, yang seringkali menilai dan merungkai kesalahan diri dan kesilapan langkah hati…

oh tuhan yang maha mengetahui apa yang tidak ku ketahui, Yang maha merasai apa yang aku rasai, yang maha melembutkan apa yang didalam hatiku ini, yang maha menghilangkan segala apa prasangka buruk terhadap saudaraku sendiri…aku tidak sanggup memakan daging saudara ku sendiri!!

oleh itu, hindarkan lah aku dari hasutan syaitan dan nafsu yang senantiasa berlumba2 untuk bertakhta dalam mahalus saa’dah walfarh, yang senantiasa berebut untuk menjadikan jurang itu bertambah besar dan bertambah besar!!…sungguh aku tidak mengerti!! mungkinkah aku yang emosi??mungkinkah aku yang tidak mengerti?? mungkinkah kerana lemah nya kasih dan sayangku terhadap YANG MAHA MENGASIHANI??

aku telah cuba sedaya upaya menghindarkan mainan hati, menghilangkan pesona bisikan halusinasi…aku telah cuba!! namun, seringkali terasa jurang itu amat luas, walaupon talinya ada dihadapan mata…inginku tarik, namun takut tidak bersambut…aku kini seperti sebatang kayu yang dijadikan tempat untuk berhenti rehat sahaja, apabila usai berehat, saat aku ditinggal pergi…DITINGGAL PERGI!!

oh TUHAN!! kekalkan lah persaudaraan kami walaupon aku tahu mungkin kerna silapku, KERNA EGOKU…namun berikanlah aku peluang untuk membaiki diri yang lemah, untuk mengembalikan ukhwah yang gah suatu masa dahulu…MUNGKIN!!!! tidak adakah sekelumit ruang untuk ku merungkai tali emas kembali?? hmm namun, perasaan dan hati diserahkan segalanya kepada ALLAH…kepadamu sahajalah tempat pergantunganku…”

Saturday, April 4, 2009

kemarau di hati


Rintik hujan daun kebasahan
Kenangan larut di arus rindu
Malam gelap zulumat yang menutup sinaran
Kemarau hati semakin memilu

Hanya gemersik angin dari pohon-pohon
Yang mengimbau ingatan meramas nurani
Bak amukan gelora yang menghempas di dada
Resah sendumu menggamit derita
Berderaian di mata

Yang pergi usahlah dirintih
Doakan saja dikurnia sejahtera
Apalah diratap dengan tangis keharuan
Leraikan hiba pujuklah hatimu
Pemergiannya iktibar buatmu

Usah dianyam sepi dengan kesedihan
Tak terhalang segala kehendak Ilahi
Dituruti rasa tak sampai ke mana
Duka dan lara melemahkan jiwa
Simpanlah di hati

Bila sampai di garis sempadan
Perahu usia di hentian terakhir
Tiada pun sesaat detiknya dipertangguh
Hidup direntas ketentuan takdir
Kemarau hati biarkan berlalu

sabarlah hadapi jalan juang yg beriku-liku ini



Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!

Wednesday, March 25, 2009

no idea

smoga ukhwah yg terbina akan kekal selamanya...
maaf atas segala kekurangan & kslpan yg tlh dlakukan..
trima kasih yg xterhingga,xterbalas jasa2 yg telah dtaburkan pd ku...
mnangis & ktawa..itulah temanku..
jmp lagi...:)

Sunday, March 15, 2009

jgn ada benci...


Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Saturday, March 7, 2009

Selamat Hari Lahir


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Friday, March 6, 2009

Biar sendiri hingga hujung nyawa, Asal tak sepi dari kasih-Nya


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa
singkat perjalanan

Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya

Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-NyaSyurga-NyaCinta-Nya

Wednesday, March 4, 2009

Smoga Allah slalu membimbing & membahagiakan mu


Ya Rabb,…
Aku datang pada Mu dengan penuh kepasrahan
Ketika dihadapkan kepada pilihan terberat

Ya Rabb,…
Beri ketetapan hati untukku
Hati yang paling terbaik
Hati yang bukan saja menyejukkan dalam pandanganku
Tapi hati yang boleh menembus relung kalbunya…

Allah yang Maha Kuasa,
Maha melihat masa depan,
Maha mengetahui yang akan terjadi
Engkau jua yang mengetahui keinginan terdalam hatiku

Ya Allah,…
Jika mendambanya adalah kesalahan
dan merindunya adalah kekeliruan
Tolong jangan biarkan hati ini terbuai dalam keindahan fatamorgana ini…

Jika kesempurnaannya bukan untukku…
Tolong bawa jauh dari relung hatiku…
Hapuskan khayalan keindahan tentangnya
dan jangan biarkan aku terlena dalam keindahannya…
Gantikan aku dengan kesempurnaan yang sebenarnya untuk dia

Tapi Tuhan,…
Jika takdirku adalah bersamanya
Beri aku kekuatan menentukan pilihan
Beri aku kesabaran dalam menjalani proses menggapainya
Jika dia memang untukku…
Jangan biarkan aku menyerah & terperuk dalam belenggu masa lalu…………

Smoga kau redhoi kami untuk bersatu
Mengharungi sisa umur…
Menapak jalan kearah Mu…
Dan melukis keindahan untuk dunia dan akhirat kami…

Tolong beri kesabaran yang penuh…
dalam melalui detik-detik waktu yang berjalan…

Aminnn……
makasi krna telah mengingatkan tentang kekuasaan-Nya, menjadikan aku kembali merindukan cinta-Nya. makasi atas semua yg pernah kita lalui & maaf atas smua kslpn..
Smoga Allah slalu membimbing & membahagiakan mu… Aminnnn

Terima kasih yang Esa


Terima kasih yang Esa

Dunia terbentang luas
Saujana mata ku memandang
Mentari mula menyinari
Sinaran cahaya

Di kala subuh menjelma
Petanda bermulanya masa
Bertambah usia
Sedarikah kita masih bernyawa

Alhamdulillah bersyukur kita
Masih diberi kita masa
Memikirkan apa segala
Pahala dosa yang diterima

Mungkin diri pun terasa
Hidup bagaikan sandiwara
Terpedaya mempersona
Tanpa disedar diturut saja

Terima kasih ku pada Mu yang Esa
Atas segala pemberian-Nya
Walaupun hamba Mu berdosa
Mohon diberi pengampunan-Nya

Pemberian Mu sempurna
Ku bersyukur dan ku percaya
Hidup ini sementara
Akhirat jua kekal
Buat selama-lamanya

Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih yang Esa

Monday, March 2, 2009

begini jadinya...hmmm...ku redho dgn ketetapanMU


Seandainya dapat kau selam
Sambil mentafsir tasik hatiku
Cuma tenang di permukaan
Dan di dasarnya bergelora..
Persoalan demi persoalan
Membelenggu akal dan fikiran
Tidak ku temu jawapan
Seandainya dapat kulari
Jauh kupergi membawa diri
Sebenarnya langkah terkunci
Antara kasih dan juga budi

Mengapa kau juga yang kurindu
Walau sudah kutahu
Payah bersatu hidup denganmu
Engkau sungguh jujur dan ikhlas
Terhadapku..
Tak pernah walau dalam sekalipun
Kau minta ku membalas
Semuanya itu lambang kesetiaanmu
Bukannya mengaburi mata ini
Atau sebaliknya..

Kita bagaikan pertaruhan
Pada yang menyaksikan jauh manakah
Kita bertahan..
Jika ku tersilap pastinya..
Dipandang hina
Terlalu banyak sungguh halangan
Terpaksa ku terajang
Aku pun tidak tahu
Apa yang ingin Tuhan tunjukkan
Adakah ini dugaannya
Hanyalah sekadar untuk menguji
Setiamu....

Seandainya hajat tak sampai
Tanah dan badan pasti berkecai
Terkubur harapan di liang cinta
Kasih ini kita semadikan

Sunday, February 22, 2009

sebuah pertemuan


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

bicara kata



Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

Saturday, February 21, 2009

Ku merayumu kau kembalilah,Kau maafkanlah kesilapanku



Barangkali kita masih bersama
Tak mungkin aku terseksa begini
Di tepi jendela di kaki tangga ini
Masih terfikir khabarmu di sana

Detik itu bergaung suaramu
Membuai impian kala kesepian
Meraung dalam jeritan batinku
Padahnya asmara

Cermin di hadapanku menghina dan tertawa
Kau tertewas jua aku tak berdaya
Saban hari ku menanti mu dengan setia
Kau di mana

Andainya kita tak berjaya
Bernaung di singgahsana
Pada Tuhan kuserah segala
Penantian buat selamanya

Barangkali ada waktu lagi
Bisa ku merayu dan mengetuk pintu
Berdoa agar terbukanya gerbang
Cintamu padaku

Tahukah engkau apa yang kurasa
Ketika hatiku merindui
Tika diriku jatuh cinta
Tika diriku bersendiri

Sudikah engkau turut merasa
Gelora hatiku yang mendalam
Cinta suci yang mencengkam
Terasa sukar kutempuhi

Memang niatku mengharap
Belai cintamu untukku
Moga engkau sayang padaku

Apalagi andai bercinta
Sudah pasti ku bahagia
Kerana mu memang kusayangi
Ingin hatiku rasa disayangi
Ingin menyayangi insan sepertimu

Ku merayumu, kau kembalilah
Kau maafkanlah, kesilapanku

katakanlah bicaramu itu hanya gurauan



Ke mana nak ku bawa
Hati ini hancur tak terkata
Kiambang nan terapung
Akar tak jejak ke dasarnya

Namun ku masih keliru
Bila engkau mencurahkan kata
Kita harus berpisah
Apa benar atau kau bersenda

Kasih katakanlah
Bicaramu itu hanya gurauan
Hanya engkau sahaja idamanku
Payah ku temu

Bimbang aku bimbang
Engkau hilang bawa serumpun kasih
Yang telah ku semaikan di hatimu
Hanya untukmu

kau insan pertama yang bertahta
kau insan pertama yang ku cinta
kau pernah membuat ku bahagia
kau yang mengajarku
Tentang erti rindu

kau yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi sehingga kini tak berganti
Tak hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antara kau dan aku

Kini terkilan sungguh rasa hati
kau tak spt dulu
kau ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

masa mula2 dulu



Berlindung disebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa

Main tarik tali
Malu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan

Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku padamu
Tawa-tawaku
Memulanya dulu
Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering

Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucap yang ku cinta padamu

Thursday, February 19, 2009

anganku


Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya
Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi dihati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula hbngan ini

Kita bersama mengejar mimpi
wlaupn terpisah ku pasti
Suatu hari nanti ... cinta kita bersemi
insyaAllah..
Kembali menerangi mekar di taman hati
Walau pun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua... keikhlasan dijiwa
Dan cintaku hanyalah ... untukmu

Saban hari diriku menunggu
Khabar berita dari mu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan dijiwa, kau jadi penawar
Rinduku padamu tak dapat ku katakn
Setiap saat waktu, bagai terlalu lama
Bila kita kn kembali bersama
Hiduplah semula......

setia bersama


Semua yang telah terjadi mengajar kita
Perlu diambil ikhtibarnya
Segala yang diimpikan atau diharapkan tak semua
menjadi nyata.

Namun setiap yang sukar ketemunya sinar
Begitulah kebesarannya
Teman yang setia bersama pada waktu duka itulah
Semulia manusia di dunia.

Ku ketemu sifat itu didirimu dan
Aku rela berkorban untukmu
Kita berjanji
Walau apa yang kan terjadi
Tetap meneruskan perjuangan ini.

Bersama percaya keagungan yang esa
Bersama percayakan kita
Menuju kegemilangan melawan rintangan menghalang
Percaya ku kn setia
Setia bersama.

Seluas alam semesta persoalan kita
Kehidupan dan cabarannya
Setinggi ruang angkasa
Begitulah harapan kita
Abadi, aman dan bahagia.

Dalam membuka lembaran baru
Ku perlu tahu kau sentiasa bersamaku
Walau bertubi rintangan kita kan gagahi
Demi mengecap nikmat duniawi & ukhrawi.

Kuatkan semangat
Usahakan sedaya mngkin dan berdoa
Esok bila tiba harinya yg penuh seribu harapan
Moga dapat keberkatannya.

Monday, February 16, 2009

hny ini yg termampu..



Bukan Mudah untuk menyayangi dan menyintai seseorang..
Bukan Mudah juga untuk menambat hati seseorang..
Kadangkala kita sanggup berkorban ‘Demi Cinta Sejati’..
Kadangkala hati akan terluka dek ‘Cinta’ yang tidak kesampaian..
Begitu juga,perasaan sukar untuk melupakan bila hati sudah tertambat..
Lidah kelu untuk berbicara.

Hidup perlu diteruskan untuk perjuangan yang lain..
Andai Dikau Bukan Milik Ku..
Cukuplah BagiKu Melihat Dikau Bahagia..

Kita akan tetap menyintai dan meyanyangi seseorang itu
walaupun kita tidak dapat memilikinya..
Biarlah Dia memilih jalan hidupnya
kerana ku sanggup berkorban untuk melihat Dia bahagia
walaupun bukan bersama Ku..

Saturday, February 14, 2009

tenangkan aku ya Allah



Dari mana aku harus memulai awal rangkaian kata ini....
hmmmm…,susah betul aku pahami …

oh TUHAN...dakaplah aku dalam kesepian ini,kerinduan yang kadang tak mampu lagi aku bendung....,
hati ku tak sedalam kasihMU....
jagalah dia bersamaMU.
Aku sembunyikan resah dan gundah ini,apa yang ada di depanku sekarang ini suatu hal yang tak bisa aku pahami sendiri,bukan suatu hal yg dapat aku hadapinya sendiri...
aku perlukan ENGKAU ya RABB.....

butir hangat ini membasahi bibir yang selalu ucap harap dan gantungkan cita & cinta padaMU........
bisakah aku TUHAN?bisakah aku hadapi semua ini?
Mengapa mendadak aku tak percaya diri?astgfirullah....ampunilah hambaMU ya Allah...
ya TUHAN ku....
berikan aku akhiran untuk perasaan ini,akhiri ya Allah..
jika sakit izinkan aku bersandar dalam tenangnya kalbuMU,jika ku ingin menangis,
izinkan aku bersembunyi dalam lorong gelap malamMU yg telah selalu pertemukan KAU dan aku disana...di dalam tenangnya bintang saat memancarkan sinarnya,ketika bulan menerangi langit yg pekat...
astagfirullah.....
astagfirullah.....
astagfirullah.....ya Allah,ampunkanlah aku....

jangan jadikan aku kecundang dalam perasaanku sendiri,karena aku tak mau tinggalkan kenyataan bahwa aku mencintainya,dan aku menyayangnya...
walaupun hakikatnya aku juga menginginkan dia,semua itu..ada padanya..
ya ada padanya..yg lama aku cari...,dariMU ya Allah...ada ketenangan bersamaMU saat aku dengannya,selamatkan aku dari hati yang terbelok belok ini ya Allah..
karena KAUlah yg membolak balikkan hati kami,teguhkan aku pada satu tujuan..tunjukkan suatu hal yg pasti ya Rabbi...

aku mohon...izinkan aku menangis untuk malam ini...bersamaMU,tenangkan aku ya Allah yg maha KASIH lg maha SAYANG....
tenangkan aku.....
tenangkan aku ya Allah....,
tenangkan aku...aku perlukan KAU....

d kala waktu subuh yg indah


Subuh ini ku bawa lagi doaku padaMU ya ALLAH....
rasa hatiku tiada tempat yang teduh selain bersamaMU........kesedihanku sudah tiada ertinya. Kini ku mulai terbiasa dengan hal yg sedemikian rupa...namun mengapa aku juga tak bisa lepas dari air mata?maafkan aku ya ALLAh,aku selalu mengeluh.......,
tapi aku tak mungkin bisa sendiri tanpaMU,
air mataku bukan segalanya.....

ya ALLAH....apakah aku yang kurang sabar?kuatkan hambaMU ini ya RABB....
hanyalah pada ENGKAU aku berserah dan berpasrah....
kini aku gantungkan harapku hanyalah kepadaMU,kerna aku tahu KAU akan memberikan yang terbaik,mesti itu sakit,tabahkanlah aku untuk mencapai
keikhlasan hati & jiwaku ya ALLAH....,
untuk aku dapat menuju rumahMU,
ya RAHMAN, ya RAHIM ,ya KARIM...

KAU lebih tahu diriku,dan tiada satupun hati ataupun jiwa
yang ingin kugoreskan luka …
sungguh.......,cukuplah dgn apa yg berlaku,
aku ingin menjadi yang terbaik untuknya,

biarkan aku berdiri di sini denganMU....
biarkan aku bersandar dalam kasihMU,
teguhkan hatiku ya ALLAH.
Jika boleh aku luahkan.........
izinkan air mataku untuk ungkapkan....
biarkan butir hangat ini lepaskan penatku ya ALLAH...

d saat payah pejamkan mataku...aku menulis lagi



ada bayangnya di malam ini,
di gelap & dan sunyinya malam...,dia mendakap erat dalam benak
berhiaskan senyum dalam kalbu
sejenak tuk tenangkan jiwa,
ku ambil nafas panjang berzikir dalam hati
astagfirullahaladzim..........
ya Allah

dia semakin dekat,yakinkan aku
dengan arahanMU ya Rabb,
terlalu ego jika aku harus memenangkan kata hatiku
ampuni aku ya Allah,
sungguh ku tak kuasa dan hanyalah KAU yang maha BERKUASA
pahamkan aku dengan pemahamanMU...

ya Rabbi,payah untuk pejamkan mataku ini,
terlalu dekat bayangnya malam ini di pelupuk mataku
ya Allah jagalah dia ,dan jika dia KAU peruntukan bagi hambaMU ini,
KAU baikkanlah dalam agamaku,hidupku,akhiratku,dan rahmat serta berkah dalam mencapai redhoMU,mudahkan segala urusanku,dan usahanya bagiku,aku menyanyanginya...

tapi jika tidak,jauhkan aku daripadanya,berilah hamba ini ketabahan atas segala keputusanMU,dan sekiranya ENGKAU telah memberiku cinta yang lain dalam pilihanMU maka dekatkan aku dengannya ya Allah,karena hanyalah KAU yang paling TAHU mana yang terbaik bagiku hambaMU,

beri aku petunjukMU untuk dapat memahami perjalananku...
karena hanyalah KAU pembimbing dalam kehidupan ku

Friday, February 13, 2009

muhasabah cintaku....


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Thursday, February 12, 2009

lagu untukmu....


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wednesday, February 11, 2009

5 Syarat Berbuat Maksiat



"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:




"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Saturday, February 7, 2009

sudah dewasakah aku??



"Satu hari saya terbangun dari tidur. Saya rasa saya telah bemimpi panjang dan terlalu lama tidur. Kemudian saya mula berfikir tentang mimpi yang muncul ketika saya tidur. Terlalu kacau. Saya Mengambil keputusan untuk tidak memikirkannya. Setelah itu, saya mengambil tuala dan berdiri di hadapan cermin. Wajah dalam cermin sangat menakutkan. Saya sedar akan perbezaan wajah sebelum ini dan ketika ini. Sungguh berbeza."


Apa yang saya sampaikan mungkin sekadar metafora. Saya cuma merasakan sudah terlalu lama kita leka dalam kehidupan tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan. Alam remaja sudah berlalu, kini alam dewasa perlu dijelajahi. Apakah perlu kita mengulangi kegagalan di waktu remaja?? persoalan ini sudah lama terdetik di benak hati...ya, saya perlu berubah! saya perlu berani mencipta sejarah! Saya rasa kita tak perlu memandang berat tentang kesilapan kita, kerana kita perlu bebas dari tekanan. Erm.. mungkin tekanan boleh jadi motivasi tapi pandanglah ia sekadar peringatan. Mencipta perubahan dalam hidup perlukan kesedaran. Kita perlu berani menghadapi kenyataan. Mungkin kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia...ada yang senang dengan kita dan mungkin tidak kurang yang tidak senang dengan kita. Tapi ini bukan bermakna kita perlu lari dari tanggungjawab kita...kepada diri sendiri, kepada masyarakat...Yang penting kita sedar kita perlu merubah hari ini untuk kejayaan hari esok..mulakan dengan langkah kecil, susulkan dengan perilaku besar untuk mencipta kejayaan yang sebenar!

Friday, February 6, 2009

inilah yg ku cari2....


Alangkah indahnya ku lihat,
berjalan seorg muslimah mukminah..
dgn wajah yg ditutupi niqab,
dia bjalan penuh tawadu'.

Langkahnya ibarat seorg pejuang muslimah yg tenang,
yakin,berwibawa,penuh dgn semangat seorg mujahidah.
di sebalik fizikalnya yg menggetarkan jiwa2,
bkn getaran nafsu tapi getaran keinsafan
utk mengenali ALLAH dgn lbh dkt.

Ada sekeping hati yg dipenuhi stp ruang dan sudutnya
dgn mengingati Yang Maha Esa..
ada seulas bibir yg merah bak delima,
sdng asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah...

Ada sepasang mata yg redup,
yg cukup terjaga dr pndngan maksiat..
stp gerak lakunya cukup mnggambarkan
keperibadian dirinya yg lembut dlm tegas...

kasih syg yg terpancar pd sinar matanya,bahasa bdnnya,
yg lahir dr hati yg IKHLAS krn DIA..
tdk kluar dr merah bibir yg sntiasa dihiasi senyuman keimanan,
melainkan hikmah,haq,serta mutiara2 ukhuwwah..

Hanya dgn melihat pd perwatakannya,
sudah cukup utk menarik hati2 yg lalai dr mengingati ALLAH,
agar segera berfikir tentangNYA...
SUBHANALLAH...

Tuesday, February 3, 2009

bicara cinta...jiwaku terseksa



Mengapa?
Hati ku keras
Jiwa ku kasar
Perasaan ku rapuh
Fikiran ku kusut
Tatkala diri bicara agama
Batinku terasa perit
Segalanya dirasakan malas sekali
Berat telinga menadah madah
bicara kata penuh tarbiyah

Mengapa??
Hatiku lembut pada dunia
Mataku terpesona pada jelita
Jiwa ku tenang dengan lafaz cinta
Batin ku riang dengan harta
Segalanya dirasakan indah sekali
Puas nafsu pujian buat diri

Mungkin satu…
Yang benar-benar meracuni hatiku!
Mehnah zaman remaja
Pasti ramai yang teruja
Pastinya
“ CINTA”


Sentuhan tangannya menghangat suasana
Jiwaku jadi layu
Jeritan batin yang menghalang
Lantaran khoshyatullah
Dipagar hina oleh nafsu bertuankan iblis!
Aku lemah
Hanyut dalam hangatnya cinta
Aku tidak berdaya menolak pinta nya
Kasihan untuk mendera jiwanya
‘dia tulus cintakan aku’

Hati mudah melafaz cinta
Sedang bukan pada Pencipta
Ke mana hati ku hanyut..
Jiwa ku penuh rindu
Pada makhluk ciptaan Tuhanku
Yang masih BELUM menjadi milikku
Malahan mungkin juga BUKAN untukku
Siapa tahu??
Bisa kau rencanakannya untukku?

Mengapa??
Aku sanggup mengenepikan segalanya
Kerana aku mencintai nya
Aku rela mendengar bicara kasarnya
sanggup mengaku salahnnya
bahkan
seringkali aku resah
memikirkan kemana dia pergi
dengan siapa dia bersenda
mengapa dia senyap sepi
mungkinkah antara aku dan dia ada
PERPISAHAN?

Mengapa??
Kerana dia BUKAN MILIKKU!!


TUHAN…
Kau telah campakkan cahaya ke dalam hatiku
Tika dulu yang cahaya nya marak menjulang
Tapi kian padam
Kerana hadirnya
CINTA …. Sia-sia…

Kini
Kau masih memilihku
Untuk di beri nyalaan manis itu kembali
Dari bara api yang kian hilang
Kau beri aku kekuatan menyalakan kembali
Untuk membakar lembaran kejahilan
Kertas kemaksiatan, nota kelalaian
Agar aku senantiasa terpilih di sisiMU

TUHAN…
Jauhi godaan sesat iblis dariku
Pelihara tubuh ku dari sentuhan ajnabi
Kuatkan aku dengan mujahadah
Tutupi aurat yang menjadi aib bagi ku
Kentalkan jiwa ku menepis cinta palsu
Penjara nafsuku dari bertemu kepuasan
Yang mendorong kepada kehinaan
Kehancuran
Keseksaan
Di mahkamah akhirat mu kelak

“ adalah lebih baik bagi mu tertusuk besi panas dari menyentuh wanita yang tidak halal bagi mu” – at tabrani

Tatkala bibir mengalun sayu,
Kalam-kalam Tuhanku
Tatkala aku rebah
Sujud menghadapMu
Aku kian sedar
Sedang aku semakin lemas dalam badai ombak cinta
Yang membunuh iman ku
Yang menambah berat dosa di bahu kiriku
Yang menghapus pahala di bahu kananku
Yang menjauhkan aku dari Pencipta ku


Siapa dia berbanding TUHAN ku?
Layak kah aku untuk menyintainya dengan mengetepikan cinta
TUHAN ku?
Pencipta kepada CINTA
Yang selama ini aku puja
Buta…

Sedarkah aku?

TUHAN… untuk kesekian kalinya… pohon ku pada Mu untuk melengkapi fitrahku… labuhkan CINTA ku kepada insan yang benar-benar mencintaiMu, yang cinta kepada ku kerana cinta nya kepada Mu… mudahkan pertemuan kami dengan rahmat dan sifat rahman Mu…. Jadikan cinta kami yang mendapat anugerah terhebat ‘REDHO’ Mu…

Aku merindui Mu YA ALLAH….

ku mohon



di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi
gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya...

saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku

Monday, February 2, 2009

mnta tolong....

Tolong dan bantulah aku,
Wahai Tuan Punya Dunia dan segala isinya,
Tolong dan rahmatilah aku,
Wahai Tuhan empunya diriku yang hina,
Tolong dan redhailah aku,
Wahai Tuhan Pentadbir Alam Semesta,

Wahai saudara seakidahku,
Tolong, ingatkan aku andai terlupa,
Terlupa bahawa diri ini ada yang punya,
Tolong, tegurlah aku andai tersalah,
Tersalah langkah membawa padah,

Tolong, betulkan aku andai tersasar,
Tersasar jauh dari landasan sebenar,
Tolong, bantulah aku andai tersungkur,
Tersungkur jatuh dosa melumur,

Tolong, doakan aku agar kuat,
Kuat semangat agar jiwa diikat,
Tolong, doakan aku agar bertahan,
Bertahan membina taqwa dan Iman,
Tolong, dan tolonglah,
Aku memohon Wahai Tuhan Maha Pengasih,
Tolonglah aku hambaMu ini!

Wahai manusia mengaku saudara,
Tolonglah saudaramu yang berdosa ini!

ku menunggu...


ku begini seperti selalu
membilang waktu berlalu
entah berapa lama
tidak ku sedarinya
berapa lama harus menunggu

aku impikan suram cahaya
bertukar cahaya indah
semoga tiba hari
bersinar ruang hati
menyuluh arah jalan kembali..

ku tunggu angin perubahan
barat utara timur selatan
meniti doa malam dan siang
teranyamnya semula ikatan

sayang semua bagaikan mimpi
kenyataannya langit dan bumi
aku di sini engkau di sana
sayup jauh terpisah

entahkan kerana sayangku
ataupun kerana sabarku
ku menunggu

air mata dan senyuman
antara mimpi dan harapan
adalah rindu semilu
menghiris kalbu

dan terlalu menyayangi
yg akhirnya terkorban diri
menyedari itu aku putuskan
pasrah segalanya pada Tuhan

masih lagi seperti selalu
membilang waktu berlalu
semoga tiba hari
bersinar ruang hati
menyuluh arah agar kembali..

aku menunggu sesuatu yg tidak pasti
tapi yg pasti
Allah tahu apa yg terbaik untukku...
Andai kejayaan masih belum tiba
pasti kejayaan tu tersimpan utk ku buat suatu ketika

Teruskan berusaha menggapai cita yang diimpi..
mengejar pelangi tak semudah yang diimpi
hanya doa teman sejati
menyuluh jalan menerangi mata hati
berbekal iman menghadapi hidupku yg singkat ini

aku selalu berkata pd diri
Sabarlah menanti janji Ilahi
walau diriku tidak pasti apa yang bakal melanda
kita hny merancang
DIA yg tentukan.
aku pecaya & yakin dgn ketetapannya

namun,beginilah diriku
seolah2 tdk memahami..
membiarkn diriku terseksa dek jnji2 yg lalu
BANGKITLAH!!! SEDARLAH!!!
carilah kedamaian menuju jln Allah

matangla ckit
jgn jadi kebudak2an
itulah kata2 yg xdpt kulupakan
makasi krn menasihatiku
hny kau memahami...

tiada apa yg dpt ku katakn...
cuma jnjiku utk berubah
berubah..ya aku akn berubah
menjadi yg terbaik utk smua
InsyaAllah....

BANTULAH AKU
ku perlukan dorongan & smgt
utk melawan diriku yg penuh dosa
Hukumlah aku ya Allah...
aku berserah sglanya padamu

apalah bukti ALLAH menyayangi kita
melainkn dujinya kta
apalah bukti kta mncintai ALLAH
mlainkn kta redha & twakkal dgn stiap ketentuanNya
krn.. . dsbalik ujian,tntu ada rhmat yg trsimpan

doa seorang kekasih



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai



Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Sunday, February 1, 2009

Izinkan ku pergi




Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Friday, January 23, 2009

mahar cinta....


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Pasti dirimu
Dapat melihat rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya

Maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini


Pertemuan yang ku idam
Masih belum bersua
Perpisahan yang ku takutkan
Hadir sudah tiada ku pinta
Harapan pudar mati tuk mencari lagi
Bagai lilin yang menerangi
Lalu padam jua

Apalah yang mampu ku beri
Agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri
Tak mampu ku mendusta hati ini lagi

Cinta yang tersulam tulus
Ku rasakan pupus
Hingga ada terluka
Pada setiap bicaraku
Kasih yang mengukir mesra
Hilang dalam tawa
Namun ingin ku semula
Merasai nikmatnya

Mampukah rayuanku ini membuatkan ia kembali
Setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci
Hadirkanlah sekali lagi cuma
Agar bernyawa cinta semula
Maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini

Thursday, January 22, 2009

terimalah taubatku...


Tuhan terimalah taubatku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang kumampu
mempersembahkannya kepada-Mu

Telah kucuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna
Aku harap dengan rahmat-Mu
Terimalah jua taubatku
Aku tetap tidak jemu
Kuteruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqomah

Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku

Wednesday, January 21, 2009

WARKAH untuk HAWA




Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Sunday, January 18, 2009

Apabila Kau Ingin Berteman




Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa
Menjadi satu yang sempurna.