Sunday, December 28, 2008

salam Maal Hijrah 1430


Alhmdllah..mlm td aku sempat mndgr ceramah perdana berkaitan hijrah Nabi Muhammad S.A.W. Di sini aku ingin kongsi bersama shbt2 tntg isi crmh yg tlh disampaikan oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman iaitu pensyarah dr UIAM. wlaupun xbnyk yg dpt aku smpaikan di dlm blog ni,yg aku hrpkan kita smua dpt berkongsi ilmu & dpt ambil pngajaran dr peristiwa hijrah.

ustaz ada mnghuraikan bbrapa ayat Al-Quran dr surah An-Nisa' ayat 97 - 100.
sm2 la kita memahami isi kndungan surah ini utk mngubah diri kita spya lbh baik dr hari2 yg lps & dpt mngambil iktibar dr kejahilan kita dahulu.


97. Sesungguhnya orang-orang Yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat Dengan berkata: "Apakah Yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang Yang tertindas di bumi". malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, Yang membolehkan kamu berhijrah Dengan bebas padanya?" maka orang-orang Yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

98. kecuali orang-orang Yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, Yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah).

99. maka mereka (yang demikian sifatnya), Mudah-mudahan Allah maafkan mereka. dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

100. dan sesiapa Yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah Yang banyak dan rezeki Yang makmur; dan sesiapa Yang keluar dari rumahnya Dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka Sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

ustaz ada pesan...klu xdpt apa2 dr crmh dia,cukuplah sekadar memahami apa itu hijrah di dalam islam.
hijrah yg betul adalah mengikut ajaran Allah & Nabi Muhammad.

Allahu'alam...

Saturday, December 27, 2008

Debu-debu Dosa...

ke arah mana halanya
bagi insan yg terleka
mengejar nikmat dunia
bagaikan hidup selamanya
tak peduli dosa noda
seksa azab neraka
hidup jauh dari rahmatNya...

terpedaya pada dunia
pentas ciptaan manusia
terlupa pada segala
mengikut nafsu semata
membiar syaitan beraja
di hati dan juga jiwa
mengejar dunia penuh debu dosa...

teguhkanlah iman dlm diri
moga dikau akan merasai
betapa indah nikmat Ilahi
dan yakin kau akan dirahmati
harus kau percaya dgn pasti
dunia tidak kekal abadi
hanya menguji cekalnya hati
sbg khalifah yg sejati...

tak perlu kau meragui
andai teguh keimananmu
pasti bahagia menanti
di akhirat yg abadi...

Terlalu Cinta



jgn dekat atau jgn datang kpdku lagi
aku semakin tersiksa kerna tak memilikimu
kucoba jalani hari dgn pengganti dirimu
tapi hatiku selalu bpihak lagi padamu
mengapa semua ini terjadi kpdku
tuhan maafkan diri ini
yg tak pernah bisa
menjauh dari angan tentangnya
namun apalah daya ini
bila ternyata sesungguhnya
aku terlalu cinta dia...

tapi hatiku selalu bpihak lagi padamu
mengapa semua ini terjadi kpdku
tuhan maafkan diri ini
yg tak pernah bisa
menjauh dari angan tentangnya
namun apalah daya ini
bila ternyata sesungguhnya
aku terlalu cinta dia...

mengapa semua ini terjadi kpdku
tuhan maafkan diri ini
yg tak pernah bisa
menjauh dari angan tentangnya
namun apalah daya ini
bila ternyata sesungguhnya
aku terlalu cinta dia...

aku terlalu cinta dia...

Sunday, December 21, 2008

aku ingin bertaubat Ya Allah....


Aku pernah bertanya kepada shbtku yg paling ku sayangi, bagaimana untuk aku berubah, sedangkan untuk meninggalkan ‘perkara’ yang sering dilakukan itu adalah sangat berat. Seolah-olah sudah sebati, menjadi darah daging kepada diriku.MasyaAllah...trknya aku....

Dia menjawab “Untuk kita berubah, yang pertama perlu kita tinggalkan dulu ‘perkara’ yang menyebabkan kita dikira sebagai berdosa. Tapi, yang lebih penting ialah kita memohon ampun daripada Allah terhadap perkara yang kita lakukan tersebut. Walaupun kita tak boleh atau terlalu sukar untuk tinggalkan ‘perkara’ dosa tersebut. setiap kali kita buat dosa, setiap kali itu juga,kita kena ada rasa menyesal dalam diri. Kemudian, kalau kita ulang lagi perkara tu, kita kena minta ampun lagi daripada Allah.” ALLAH MAHA PENGAMPUN...ya,mmg btl...

Inginku ceritakan kepada shbt2ku sekalian tentang satu kisah.....

seorang yang baru memeluk islam memberitahu kawannya bahawa dia tidak dapat meninggalkan perbuatan meminum arak dan maksiat yang lain yang diamalkannya sewaktu sebelum memeluk islam. Lalu kawannya menjawab. “lakukanlah apa yang kau nak lakukan, tetapi setiap kali kau lakukan perkara tersebut, mohonlah ampun daripada Allah atas perbuatan engkau tersebut.” Dengan jawapan tersebut, kawannya yang baru memeluk islam menganggap bahawa islam agama yang sungguh mudah. Lalu dia teruskan perbuatan-perbuatan maksiat, dan setiap kali dia melakukannya, dia akan memohon ampun daripada Allah. Kejadian tersebut berulang-ulang sehingga tiba waktu, dia berasa malu dan hina dengan Allah. “Aku melakukan dosa, dan setiap kali itu jugak aku memohon ampun. Kemudian, aku ulang semula dosa tersebut. Adakah keampunan yang aku pohon tersebut akan diterima.” Akhirnya, lelaki tersebut meninggalkan segala perbuatan-perbuatan maksiat, atas kerelaan hatinya.

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(Asy-Syura: 25)

Andai kata pemuda tersebut dengan lantangnya melarang perbuatan-perbuatan sahabatnya yang baru memeluk islam, tentu sukar untuk dia melaksanakan kesemuanya lantaran perbuatan tersebut telah sebati dalam dirinya. Namun, perkara yang ditekankan ialah TAUBAT. Ya!!! Bertaubat dan memohon ampun.

Taubat ialah kembali kepada kepada Allah dengan meninggalkan maksiat kepada Allah. Namun, persoalan yang timbul ialah:-

Berapa kali perlu aku bertaubat?

Jika aku ulang perbuatan maksiat selepas bertaubat, adakah taubatku tersebut diterima oleh Allah.?

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan dosa sama ada dosa kecil ataupun dosa-dosa besar. Hari-hari kita sentiasa dipenuhi dengan anasir-anasir yang bisa ‘membuahkan’ dosa.

Mata kita, mana mungkin terlepas daripada memandang perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Hati dan fikiran kita, mana mana mungkin terlepas daripada memikirkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama.

Tangan kita, kaki kita, telinga kita, dan seluruh panca indera kita, semuanya merupakan agen-agen pengumpul dosa setiap hari. Maka semua ini memerlukan kepada taubat, iaitu dengan beristighfar kepada Allah.

Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam sendiri yang dijamin diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang memohon ampun daripada Allah. Sabda Baginda :-

" Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungghnya aku bertaubat kepada Allah sebanyak tujuh puluh kali dalam sehari.(HR Muslim)

Bagaimana pula dengan kita? Insan yang sering saja terpalit dosa, tercalit noda. Semestinya kita perlu lebih banyak memohon keampunan kepada Allah berbanding Rasulullah. Namun apakan daya, beristighfar selama 5 minit terasa begitu lama jika dibandingkan dengan menyanyi selama 1 jam. Tidak terkecuali diriku sendiri. Apa yang penting, kita perlu selalu memohon keampunan walaupun dalam sehari kita hanya ’sempat’ untuk mengingati Allah dalam masa 5 saat.

”setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Ulama’ telah meletakkan syarat-syarat taubat. Antaranya ialah meninggalkan dosa, menyesali dosa yang dilakukannya, berniat tidak mengulanginya lagi serta mengembalikan hak-hak orang yang dizaliminya atau meminta halal darinya.

Namun, adakah dengan kita mengulangi perbuatan dosa tersebut menyebabkan taubat yang kita pohon tidak diterima?

Ulama’ berbeza pendapat tentang hal tersebut. Ada yang mengatakan bahawa sekiranya yang dipohon ampun itu adalah suatu dosa, dan yang diilakukan sesudah itu adalah dosa yang lain, maka taubatnya itu diteriima. Tetapi jika dia mengulangi perbuatan yang sama sesudah dia bertaubat, maka taubatnya itu tidak diterima.

Ulama’ lain pula berpendapat, walaupun yang diulangi tersebut adalah perbuatan yang dia kesali sebelum ini, taubatnya itu diterima sekiranya dia sungguh-sungguh menyesal atas perbuatannya. Allah berfirman :-

“Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang telah melakukan perbuatan melampau batas ke atas diri-diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
(Al-Zumar:- 53)

Hal ini juga disabdakan oleh Baginda Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam :-

Dari Abu Hurairah r.a
"Seorang hamba melakukan dosa, dan berdoa: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku. Tuhannya berfirman: hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu. Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa: Ya Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu. Kemudian ia terus dalam keadaan demikian selama masa yang ditentukan Allah SWT, hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdoa: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya. Maka Aku telah berikan ampunan kepada hamba-Ku, (diulang tiga kali) dan silakan ia melakukan apa yang ia mahu"
(hadis riwayat: Bukhari dan Muslim)

Allah sentiasa memberi pengharapan kepada hamba-hambaNYA untuk kembali kepadaNYA dengan memberi ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada hamba-hambaNYA. Hal ini kerana Allah lebih mengetahui sifat kita sebagai makhluk yang diciptakanNYA. Jadi, mengapa kita tidak pernah menghargai peluang yang diberi oleh Allah. Selagi mana hayat di kandung badan, dan selagi mana dunia tidak kiamat, pintu taubat sentiasa terbuka untuk seluruh manusia.

"Sesungguhnya Allah Ta'ala selalu membuka tangan-Nya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari, dan Ia membuka tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat salah di malam hari. Begitulah hingga matahari terbit dari arah barat."
(H.R. Muslim)

Kita telah diberi peluang. Seandainya kita sengaja mengabaikan peluang tersebut, nescaya kita termasuk di kalangan orang-orang yang menzalimi diri sendiri seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud :-

"Dan barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itu merupakan orang-orang yang zalim. "

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mengatakan sesuatu yang buruk kepada sesama manusia, namun setiap dosa itu sama ada dosa mengata yang buruk ataupun dosa maksiat, semuanya perlu dibersihkan dengan taubat. Dan orang yang tidak bertaubat, Allah sifatkan sebagai menzalimi diri sendiri.

Malaikat imannya statik. Tidak akan pernah mengkhianati amanah yang Allah. Namun, manusia bukannya malaikat. Manusia diciptakan bersama-sama mereka ialah nafsu serta sentiasa dilingkungi oleh hasutan-hasutan syaitan. Maka, sebab itulah seandainya manusia berjaya mengekang kedua-dua nafsu dan syaitan, darjatnya adalah lebih tinggi berbanding malaikat.

Namun, atas faktor nafsu dan syaitan, serta lemahnya iman inilah yang menyebabkan manusia selalu sahaja tersasar dari landasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Walaupun telah bersungguh-sungguh menyesali perbuatan lampau, namun dek kerana lemahnya iman serta pegangan, manusia kembali melakukan perbuatan yang pernah ditaubatinya.

Terdapat empat kategori manusia yang memohon taubat.

Golongan pertama ialah orang yang melakukan maksiat lalu bertaubat dari maksiat tersebut dan terus kekal dalam kebaikan. Taubat inilah yang disebut sebagai taubat nasuha, taubat semata-mata kerana Allah. Golongan ini memiliki nafsu al-Mutmainnah iaitu jiwa yang tenang dan redha dengan ketentuan Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

“wahai jiwa yang tenang (suci). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan (hati) yang redha, lagi diredhai di sisi Tuhanmu.” (al-Fajr, ayat 27-28)

Golongan kedua pula adalah orang yang telah bertaubat kepada Allah dan melakukan amal kebaikan tetapi masih terikat melakukan dosa-dosa kecil yang tidak dapat dielakkan. Apabila ia melakukan dosa, ia segera bertaubat. Mereka ini mempunyai nafsu lawwamah iaitu nafsu yang mencela kejahatan dan tidak menyenanginya.

Golongan ketiga adalah golongan yang bertaubat dan terus kekal dalam keadaan bertaubat sehingga pada suatu ketika dia tidak mengawal diri lalu terjebak semula ke dalam maksiat. Walaupun begitu dia tidak pernah lalai dengan melakukan ketaatan kepada Allah. Nafsu ini dikenali sebagai nafsu musawwalah yang bermaksud nafsu yang memperdaya.

Perkara ini dirakamkan oleh Allah dengan firmanNya yang bermaksud :

“dan sebahagian mereka yang lain mengakui akan dosa-dosa mereka. Mereka mencampuradukkan amal-amal yang baik dengan amalan yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (al-Taubah, ayat 102)

Dan golongan keempat adalah golongan yang bertaubat dari melakukan kemaksiatan tetapi hanya seketika. Kemudian dia kembali melakukan dosa-dosa tanpa bersegera untuk bertaubat malah terus bergelumang dengan maksiat. Mereka ini termasuk dalam golongan nafsu Ammarah, iaitu nafsu yang mengajak melakukan perbuatan keji dan menjauhkan diri dari melakukan kebaikan.

Mari kita menghisab kembali diri, adakah kita merupakan golongan pertama, kedua, ketiga ataupun yang keempat. Andai kita berada dalam golongan keempat, atau mungkin juga kedua atau ketiga, sedarlah bahawa, mati itu pasti dan akan datang tanpa pernah kita undang. Andai masih menangguh untuk bertaubat dan memohon ampun atas segala khilaf, ditakuti kita akan menjadi golongan yang menyesal di kemudian hari.

”dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), ”Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan kami telah mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh. Sesungguhnya kami adalah orang-oorang yang yakin.”
(As-sajdah :12)

Kesempatan yang masih kita peroleh ini, ambillah peluang untuk kita kembali muhasabah diri. Sudahkah kita memohon keampunan Allah hari ini. Rasulullah menasihatkan kita supaya sentiasa memperbaharui iman dengan ucapan syahadatain. Mungkin tanpa disedari, kita ada melakukan dosa kepada Allah mahupun kepada sesama makhluk.

Segala nasihat, adalah untuk diri dan juga untuk semua. Semoga, kita semua tergolong dalam kelompok hamba-hambaNYA yang akan memiliki ‘nafs al-mutmainnah’, maka akan diseru di akhirat kelak,

“masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKU. Dan masuklah ke dalam syurgaKU.” (Al-Fajr :29-30)

Allahu’alam…

Saturday, December 20, 2008

MUDA HANYA SEKALI.....


Zaman muda datang hanya sekali seumur hidup....
Ramai yang berkata, zaman mudalah kita kena enjoy !!! buat lah apa yang kita suka.. Puaskan nafsu seboleh mungkin. Nanti bila dah tua bertaubat lah !!!

Hmmm, jika difikirkan dengan pandangan nafsu, bagus juga idea tu...masa ni la tenaga kita banyak. Masa ni la rupa kita berada dalam tahap ‘paling handsome’. Tak kedut sana sini. Masa ni la nak buat segala-galanya.. nak bertaubat ?? Nak solat ?? Nak pergi masjid ?? Nanti tua lah !! masa tu kita mintak lah ampun daripada Allah..kan Allah tu MAHA PENGAMPUN ?? Mesti ALLAH akan ampunkan dosa2 kita tu ..betul tak ???

Tapi…..kalau tak sempat tua dah mati…macam mana ??

NAH !!! sebab itulah sahabat2 ku sekalian, muda bukanlah masa untuk enjoy puaskan nafsu.. muda bukan masa untuk berfoya-foya. Muda bukan masa untuk asyik bersuka-suka. Tak salah hendak bersuka2, tapi mesti ada hadnya...tetapi, sepatutnya muda ialah masa untuk kita bersungguh-sungguh mencari bekalan untuk bertemu dengan YANG MAHA MENCIPTA…

Tenaga yang banyak di waktu muda, gunakanlah ia untuk beribadah kepada ALLAH.. Akal fikiran yang cerdas di waktu muda, gunakan ia untuk berfikir cara menyelesaikan pemasaalahan umat islam. Semangat yang membuak-buak di waktu muda, gunakan ia untuk bersungguh-sungguh berjuang menegakkan agama ALLAH.

Allah menyukai orang tua yang sentiasa beribadat dan bertaubat kepada ALLAH..tetapi ALLAH lebih menyukai orang muda yang berbuat demikian.

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri - yakni hari kiamat, yaitu

1) imam - kepala atau pemimpin - yang adil.
2) Pemuda yang tumbuh -sejak kecilnya - dalam beribadat kepada Allah,
3) orang yang hatinya tergantung - sangat memperhatikan -kepada masjid-masjid
4) dua orang yang saling cinta-mencintai karena Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula,
5) orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," - demikian pula sebaliknya, yaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas,
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya dan
7) orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)

. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara, kata Rasulullah.. salah satunya ialah masa muda sebelum tua.. Maka, aku nak ingatkan diri sendiri dan sahabat2 semua, peluang yang Allah berikan ini, gunakanlah dengan sebaiknya.

Marilah sama2 kita berazam....zaman muda ini, akan aku infakkan ke jalan ALLAH.
TAKBIIIIRRRRRRR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR !!!

Thursday, December 18, 2008

AKU INSAN HINA!!! AMPUNKAN AKU YA ALLAH.....;(

DOSA

Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".


Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)".

Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:- "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya itu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.