Thursday, October 29, 2009


PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA

PENGUMUMAN TERBARU!!!!

KINI ANDA BOLEH MENGISI BORANG PENYERTAAN SECARA ONLINE.
SILA KLIK DI RUANGAN SEBELAH KANAN ANDA.LAKUKAN SEKARANG!!! JADILAH SALAH SEORANG DARIPADA 400 PESERTA KAMI.:) TERIMA KASIH

maklumat lanjut sila layari http://bromc09.blogspot.com/

Friday, October 2, 2009

Hati ku menangis lagi


Hati ku menangis lagi
Mengenang kekhilafan yang tak pernah berakhir
Mengenang kealpaan yang sentiasa menemani
Meratapi kesilapan yang tak termaafkan
Penyesalan tanpa penghujung

Aku menatap potret bisu
Mencari ketenangan yang hilang
Menanti jawapan yang tak terucap
Memuja semangat yang sirna
Memujuk hati yang sesal

aku ingin sekali mengatakan
aku mencintainya setulus hati
seluruh raga ku hanya untuk dia
rinduku menitis sebanyak titis gerimis.
tidak perlu kertas atau coretan garis.
genggamlah jantungku
hitung denyutannya.
sebanyak itulah aku merindukan dia

Monday, September 14, 2009

menjejaki lailatul qadar


MasyaAllah!! dah nak habis 10 malam terakhir la..sedihnya..rasa macam tak buat pa2 pun dalam bulan ramadhan ni..


Ya!!Ramadhan sudah berlalu 25 hari ...apakah yang telah kita habiskan selama ini??


* adakah iman kita semakin betambah?

* adakah al-quran kita tadarus dan tadabbur sepuas-puasnya?

* adakah kita menghiasi malam kita dengan qiamullail?

* adakah kita membuat perancangan bagi dakwah dan tarbiyah?

* adakah kita memperbanyakkan solat-solat sunat?


jika tidak, layakkah kita untuk menjadi tetamu Allah pada malam lailatul qadar?

sama-samalah kita beribadah dengan sebanyaknya untuk melayakkan diri menjadi tetamu Allah pada malam yang dinantikan..

doa saya untuk semua agar kamu menjadi hamba yang bertaqwa..mudah-mudahan..kerana apa??

kerana tidak semua orang menjadi hamba bertaqwa setelah berlalunya Ramadhan..moga kita sama-sama tergolong dalam kalangan manusia yang bertaqwa...ameen!!

Saturday, September 12, 2009

aku kan tetap melangkah



apapun bicara yang menyapa,
aku kan tetap melangkah
biar seribu ranjau yang menghalang
biar berjuta kicau yang mengganggu
aku takkan berpaling

apapun beban yang menghalang
aku kan tetap melangkah
walau tidak seindah perjuangan syuhada
walau tidak seharum wangian firdausi
aku tetap kuatkan azamku

apapun cubaan yang melanda
aku kan tetap melangkah
kerana langkahku semakin sumbang bila sendirian
kerana hidupku semakin tawar tanpa hadirnya dia
kerana gelapnya hati tanpa sinar kasihnya

apapun irama yang menggoda
aku kan tetap melangkah
menjadi raja dihati sang puteri
menjemput sang puteri bertakhta dihati
agar rindu terubat,kasih tersulam

maafkan daku lyric

Mengapa Kau Diam Saja
Bagai Membenci Diriku
Bilaku Tanya Sebabnya
Kau Enggan Untuk Berkata

Hatiku Merasa Hairan dan Risau
Melihat Sikapmu Yang Mula Berubah
Dulu Kau Selalu Mesra Denganku

Mengapa Sekarang Bersikap Lawan
Mungkinkah ku Pernah Menyinggung Hatimu
Membuat Kau Mula Menjauhkan Diri
Kiranya Diriku Telah Bersalah
Kuharap Kau Dapat Maafkan Daku

Wednesday, September 9, 2009

jiwang kembali

Sanggupkah kau bersabar sayang
Untuk bersama diriku
Dalam menempuh dugaan
Yang serba mencabar
Sanggupkah bersabar sayang
Susah senang bersamaku
Semoga kau tak menyesal
Bersama denganku

Sedarkah engkau
Hidup aku serba kekurangan
Oh cuma yang ada
Kasih yang ikhlas untuk dirimu
Usahlah kau memaksa
Apa yang aku tak mampu lakukan
Jikalau engkau benar menyayangiku
Hendaklah engkau bersabar
Kau harus memahami
Jiwaku dan hidupku
Barulah kau akan mengerti

Tiada gunanya kita bertengkar
Hanyalah merenggangkan hubungan kita
Kita hanya mampu merancang masa depan
Tetapi Tuhan yang menetukan segalanya
Kiranya kau sudah tak mampu bersabar
Apalah dayaku
Tak mampu diriku menahanmu

Sanggupkah bersabar sayang
Menunggu diriku ini
Berikanlah aku ruang
Berteduh dihatimu
Untuk selamanya

Saturday, September 5, 2009

Datuk Bandar London gesa bukan Muslim berpuasa - Apa Komen Anda???


BAGI meningkatkan pengetahuan terhadap penganut Islam, Datuk Bandar London, Boris Johnson menggalakkan orang ramai bukan beragama itu turut berpuasa selama satu hari dalam bulan Ramadan.

Menurut sebuah akhbar semalam, Johnson membuat kenyataan itu ketika melakukan lawatan ke sebuah masjid dan Pusat Islam London.

Dia berkata, penganut 'di ibu kota itu 'mencabar pandangan tradisional mereka' dengan cuba menjadi sebahagian daripada komuniti arus perdana.

"Itulah sebab kenapa saya menggesa orang ramai, terutamanya dalam Ramadan supaya mengenali lebih lanjut mengenai Islam, tingkatkan pemahaman anda dan pembelajaran (agama Islam), malah berpuasa satu hari dengan jiran Muslim anda serta berbuka puasa di masjid tempatan.

"Saya akan berasa amat terkejut jika anda tidak menemui bahawa anda (sebenarnya) berkongsi banyak persamaan," kata Johnson.